PANDUAN PENYEWA RUMAH

PANDUAN PENYEWA RUMAH

Berikut adalah panduan persediaan bagi mereka yang ingin mencari rumah untuk disewa:

1. Tentukan bajet rumah sewa yang sesuai dengan kemampuan anda.

2. Tentukan lokasi rumah sewa. Antara factor yang perlu diambil kira adalah jarak ke tempat kerja, sekolah anak-anak, rumah ibu bapa, dan lain-lain.

3. Bersedia dengan duit deposit rumah. Bacaan penting: Memahami Deposit Rumah Sewa

4. Setelah bersedia dengan perkara di atas, bolehlah mula mencari rumah sewa yang sesuai. Boleh rujuk senarai rumah sewa di sini: Senarai Penuh Rumah Sewa KL & SEL

5. Jika anda berkenan dengan mana-mana rumah yang diiklankan, segera hubungi nombor yang tertera untuk membuat temujanji viewing rumah.

6. Berikan butiran diri kepada ejen atau tuan rumah sebelum viewing rumah untuk proses tapisan penyewa.

PENTING!

a) Pastikan rumah yang diiklankan itu menepati bajet anda. Jika bajet RM1000, cari rumah yang diiklankan pada harga RM1000 kebawah dan bukannya RM1000 ke atas untuk mempermudahkan urusan.

b) Pastikan anda sudah mengenal pasti lokasi rumah tersebut dan bersesuaian dengan anda. Buat research mudah di google maps untuk menentukan jarak lokasi rumah tersebut dengan tempat kerja.

c) Bekerjasamalah dengan ejen atau tuan rumah dalam perbincangan. Sekiranya ejen atau tuan rumah memerlukan butiran anda, berikan tanpa was-was kerana mereka perlu melakukan proses tapisan penyewa.

No comments:

Post a Comment