DEPOSIT RUMAH SEWA

Mari fahami bagaimana kaedah mengira deposit rumah dan apa kegunaan deposit rumah.

Standard yang biasa digunapakai untuk deposit rumah adalah seperti berikut:

' 2 + 1 + HALF '

Kita biasa dengar dan tengok tuan rumah atau ejen mengenakan deposit 2 + 1 + half untuk sewa rumah.Perkara itu normal dan seharusnya semua penyewa bersedia dengan amaun deposit tersebut sebelum serah kunci dan berpindah masuk.

==============================

PENERANGAN DEPOSIT

a) Security Deposit (2 bulan sewa)
Digunakan untuk kerja baik pulih rumah sekiranya penyewa didapati meninggalkan sebarang kerosakan pada rumah setelah berpindah keluar. Amaun ini tidak boleh digunakan sebagai kontra sewa bulan-bulan terakhir. Amaun ini akan dipulangkan dalam masa 2-4 minggu (mengikut perjanjian sewa) setelah segala korasakan dibaik pulih atau dipulangkan sepenuhnya jika rumah didapati dalam keadaan baik.

b) 1st Month Advance Rental (1 bulan sewa)
Ini adalah sewa bulan pertama. Amaun ini tidak dipulangkan. Tidak dianggap sebagai deposit tetapi sentiasa dinyatakan bersama deposit.

c) Utility Deposit (separuh bulan sewa / half) 
Digunakan untuk membayar bil-bil tertunggak selepas penyewa berpindah keluar. Amaun ini akan dipulangkan dalam masa 2-4 minggu (mengikut perjanjian sewa) setelah segala bil dijelaskan.

d) Tenancy Agreement Fees
Kos perjanjian sewa rumah (tenancy agreement) ditanggung oleh pihak penyewa. Tuan rumah atau ejen akan menguruskan dokumentasi dan mematikan setem di LHDN. Amaun ini bergantung kepada harga sewa rumah tersebut (antara 20%-25%) dan dibayar secara tahunan. Amaun ini tidak dipulangkan dan tidak dianggap sebagai deposit.

CONTOH 1:

Harga sewa rumah = RM1000 / sebulan

Kiraan Deposit (2 + 1 + half + tenancy agreement)

RM2000 + RM1000 + RM500 + RM150

Total deposit = RM3650

==============================

Deposit bukan bertujuan untuk menyukarkan pihak penyewa sebaliknya adalah untuk kebaikan bersama. Deposit adalah cagaran kepada tuan rumah sekiranya berlaku apa-apa terhadap premis tersebut. Tuan rumah yang gagal mengambil deposit 2 + 1 + half atau kurang daripada itu selalunya akan kecewa di masa akan datang kerana bukan mudah untuk memastikan penyewa sentiasa menjaga rumah dalam keadaan baik.

Bagi pihak penyewa pula, amaun deposit ini dipulangkan jadi anggap sahaja sebagai simpanan. Sekiranya rumah dipulangkan dalam keadaan baik tanpa kerosakan atau bil tertunggak, jumalh penuh deposit akan dipulangkan kepada penyewa.

KESIMPULAN

Penyewa harus menyediakan bayaran untuk 4 perkara sebelum menyewa rumah yang juga disebut sebagai deposit (2 + 1 + half + tenancy agreement fees).

Tuan rumah atau ejen haruslah tanpa segan silu menyatakan dengan jelas berkenaan deposit ini dan memastikan pihak penyewa membayar jumlah penuh deposit tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment