Ini adalah panduan bagi tuan rumah yang mahu menggunakan ejen untuk mencari penyewa rumah.
Melantik ejen bagi mencari penyewa sesuai untuk rumah anda adalah mudah, tak perlu sebarang surat menyurat atau terikat dengan mana-mana agensi. Anda boleh melantik seberapa banyak ejen yang anda mahu, semakin banyak ejen maka semakin besar kebarangkalian rumah anda disewakan segera kerana lebih banyak iklan rumah anda akan muncul di alam maya ini. Pilihlah ejen yang boleh buat kerja.
TUGAS-TUGAS EJEN SEWA RUMAH
1. Mendapat izin daripada tuan rumah untuk mencari penyewa.
2. Mengumpul semua maklumat berkenaan rumah yang ingin disewakan.
(Butiran rumah / gambar / dsbg)
3. Mencari penyewa yang sesuai melalui pengiklanan.
4. Membuat tapisan penyewa. (Screening tenant)
5. Mengendalikan sesi viewing.
6. Mengambil duit booking dan deposit bagi pihak rumah.
7. Menguruskan dokumen perjanjian sewa (tenancy agreement) dan mematikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kos stamping ditanggung oleh penyewa. (Kebiasaannya dalam 15-25% bergantung kepada harga sewa rumah)
8. Mengembalikan dokumen asal perjanjian sewa kepada Penyewa dan salinan kepada Tuan Rumah.
BAYARAN UNTUK SERVIS EJEN
Fees yang dikenakan untuk perkhidmatan ejen adalah 1 bulan sewa. Fees ini dibayar oleh Tuan Rumah. Kebiasaannya ditolak dari duit deposit.
Bacaan tambahan: Memahami Deposit Rumah Sewa
BERIKAN EJEN MAKLUMAT PENUH RUMAH
Bagi memastikan proses pencarian penyewa berjalan dengan lancar, ejen memerlukan beberapa maklumat daripada tuan rumah. Maklumat ini digunakan untuk tujuan pengiklanan dan juga diberikan kepada penyewa yang berpotensi. Sila sediakan maklumat berikut untuk memudahkan kerja ejen anda:
a) Maklumat penuh rumah (Block / Tingkat / Carpark)
b) Gambar rumah. (Semakin cantik gambar rumah, semakin mudah menarik perhatian penyewa)
c) Asking price & last price.
PENTING!
Tuan rumah yang baik adalah tuan rumah yang memastikan rumah dalam keadaan bersih, kemas dan cantik sebelum membawa penyewa untuk sesi viewing.
Rumah yang bersih dan kemas adalah lebih mudah disewakan kerana penyewa akan lebih tertarik pada pandang pertama. Jika pertama kali memasuki rumah dalam keadaan kotor, selerak dan berdebu, pastinya hati penyewa tidak tertarik untuk menyewa.
Luangkan sedikit masa dan duit untuk membersihkan atau mengupah cleaner membersihkan rumah anda. Pastikan juga kelengkapan rumah seperti lampu, kipas dan barang elektrik berfungsi dengan baik.
No comments:
Post a Comment